Strategi menyelamatkan sepakan penalti Sepakan_penalti

Menyelamatkan sepakan penalti merupakan tugas yang berat untuk penjaga gol. Oleh kerana jarak sepakan penalti yang diambil terlalu dekat dengan gawang, masa yang diperlukan untuk bertindak balas terhadap sepakan yang dilakukan pihak lawan sangat sedikit. Kerana itulah terdapat beberapa penjaga gol yang bertindak awal sebelum bola ditendang. Penjaga gol juga perlu meramal kemana hala tuju sepakan. Terdapat juga penjaga gol yang membaca pergerakan lawan.

Penjaga gol juga selalunya bergantung kepada cara lawan menjaringkan gol pada perlawanan terdahulu untuk menyelamatkan sepakan yang diambil.

Penjaga gol juga boleh mengganggu kosentrasi pihak lawan. Contohnya ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2008, Edwin van der Sar menggangu Nicolas Anelka dengan menunjukkan arah kirinya apabila Anelka datang mengambil sepakan. Anelka gagal menjaringkan penalti kerana menendang bola ke arah kanan Van Der Sar.

Ada juga penjaga gol yang melengah-lengahlkan masa dengan membersihkan kasut, meminta kepastian daripada pengadil tentang kedudukan bola atau beberapa lagi taktik untuk melengahkan permainan. Tetapi taktik ini boleh menyebabkan penjaga gol mendapat amaran dan kad kuning kerana melengahkan masa.